Rabu, 20 Mei 2015

AKTIVITI SEKOLAH


MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015.

PADA MINGGU PERTAMA BULAN MAC SETIAP TAHUN PSS SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG AKAN MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA DAN MENCERIAKAN PERPUSTAKAAN SERTA PERTANDINGAN MENULIS DAN MELUKIS BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR KEPADA GALAKAN MEMBACA DAN MENULIS



        MESYUARAT PERANCANGAN  TAKWIM AKEDEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG 2015



IKRAR GURU SK TALANG 2015

Tema Hari Guru 2015 iaitu pada tahun ini adalah “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan

Akhlak”. Amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa agar pembentukan akhlak pelajar 

harus seiring dengan ilmu yang diperolehi di sekolah. Inilah cabaran guru di abad ke-21 ini.

Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak
dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi. 

Rabu, 13 Mei 2015

SK TALANG NAMAMU GEMILANG

AKTIVITI SEMASA




KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI DALAM PROGRAM 'JOM KE LANGKAP' PIBG DAN KOMUNITI KAMPUNG LANGKAP PADA PENGHUJUNG PENGGAL KEDUA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015



PROJEK LAMAN WEB SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2015 ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

LOGO

SK TALANG


1. Lencana Sekolah Kebangsaan Talang  berukuran 32 mm x 38 mm.

2. Perlambangan warna lencana adalah berdasarkan warna bendera Negeri Sembilan.

  • Merah bermakna Rakyat,
  • Kuning bermakna  DYMM Raja.
  • Hitam bermakna Perlembagaan.

3. Cogan Kata Berusaha, Berjaya, Berbakti memberi makna matlamat untuk melahirkan
    individu yang gigih berusaha seterusnya berguna kepada agama, bangsa dan negara.

4. Maksud gambar pada permukaan lencana:-

  • Dacing - Keseimbangan Rohani dan Jasmani.
  • Obor    - Lambang Kegigihan.
  • Buku    - Gedung Ilmu.
  • Gelung - Semangat Kesukanan.



PENGENALAN

  • Sekolah Kebangsaan Talang telah diasaskan dalam tahun 1908 . 
  • Sekolah ini telah dibuka pada 10 Oktober 1910. 
  • Pada awal pembukaannya sekolah ini telah menerima murid seramai 60 orang . 
  • Hari ini sekolah ini mempunyai murid seramai  136 orang murid yang terdiri daripada 85 murid Melayu dan 51 murid Asli. 
  • Sekolah ini juga mempunyai seramai 20 orang pelajar Pra-sekolah . 
  • Keluasan sekolah ini adalah lebih kurang 6 ekar.
  • Pada asalnya hanya mempunyai satu blok bangunan, tapi kini 8 blok, iaitu satu blok setingkat untuk pentadbiran, bilik guru dankelas prasekolah, satu blok setingkat untukkelas tahun 1, 2 dan bilikakses, satu bangunan makmal komputer, satu bangunan pusat sumber, satu bangunan bilik pemulihan; satu bangunan surau, satu blok 2 tingkat untuk kantin, bilik j-QAF,  bilik stor sukan, bilik kesihatan, bilik bimbingan & kaunseling, bilik mesyuarat dan bilik stor  fail, satu blok 3 tingkat untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik akses, bilik keselamatan, bilik SPBT, kelastahun 3, 4, 5 dan 6, serta bilik-bilik khas seperti muzik, ko-kurikulum, SAL, matematik dan seni.

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG

    


SEMPENA HARI GURU


LAGU SEKOLAH

MAJU SK TALANG

Saujana mata memandang
Bumi hijau yang menawan
Di sini indah tersergam
Sekolah yang ku idam

Sekolah Kebangsaan Talang
Namamu gemilang
Mendidik dan menjulang
Anak bangsa cemerlang

Kami rela kami sedia
Demi sekolah tercinta
Tiap masa dengan usaha
Maju Talang kami bangga

Ayuh gerak, maju kedepan,
Mohon doa pada Tuhan,
Mengejar segala impian,
Kita sama kotakan (2X)